Infozon
Terapi Rendaman Kaki Ion, Kena Kencing Kita Selama Ini!

Sebelum ini, rakan page Root of Medicine telah membongkar mitos yang mengatakan terapi Rendaman Kaki ion boleh mengeluarkan toksin daripada badan.
Dimana mereka hanya melakukan salah satu proses kimia yang simple sahaja iaitu dengan menggunakan proses elektrolisis. Disini kami ingin mengajar anda semua perkara asas dalam penipuan ini.
Harapnya dalam perkongsian ilmu ini ia akan memberi sedikit sebanyak ilmu berkenaan penipuan yang telah berlaku dan mengelakkan diri anda ditipu berkali. Tetapi jangan pula anda menggunakannya untuk menipu orang lain pula.
Contoh ‘terapi’ rendaman kaki ion
Bahan-bahan eksperimen :
– 2 batang paku besi
– Charger (pastikan yang menggunakan nilai voltan diantara 10-12Volt)
– Balang kaca
– Garam
Prosedur:
1. Potong hujung wayar charger supaya wayar kuprumnya keluar
2. Sambungkan wayar tersebut kepada besi
3. Masukkan air beserta garam di dalam bekas kaca
4. Rendamkan bahagian besi sahaja ke dalam air tersebut
5. Pasangkan charger pada sumber elektrik
6. Hidupkan suis
Ketika suis dihidupkan, kelihatan buih pada bahagian anode. Buih ini merupakan hasil daripada pengoksidaan ion OH- di dalam air. Lalu hasilnya adalah gas oksigen dan juga molekul air. Pada bahagian cathode pula, elektrod besi akan dioksidakan menjadi sama ada ion 3+(berwarna jingga seperti karat) dan juga ion 2+(berwarna hijau). Anda boleh rujuk kepada gambar-gambar ini.
Bahagian anode mengeluarkan gas oksigen
Setelah beberapa ketika, akan kelihatan enapan berwarna hijau pudar. Ini adalah disebabkan ferum 2+ yang terhasil. Mungkin juga ini adalah ion daripada logam lain yang disadurkan pada besi itu untuk mengelakkan karat.
Pada akhir eksperimen, dalam lebih kurang 15 minit. Apa yang kita dapat lihat adalah enapan yang berwarna jingga terhasil iaitu ion ferum 3+.
Jika kita lihat pada skop Terapi Rendaman Kaki Ion, ia menggunakan kaedah yang sama sahaja. Anda cuma memerlukan bekas yang lebih besar dan anda lakukan seperti yang saya katakana ini. Sudah tentu keputusannya adalah sama.
Selain daripada itu, Elektrod besi tersebut juga boleh ditukarkan kepada kuprum untuk menghasilkan warna yang lain. Jika kita menggunakan kuprum, warna air akan bertukar kepada warna biru. Ini kerana ion yang akan terhasil adalah ion copper 2+ yang berwarna biru.
Apabila menggunakan electrode yang terdiri daripada kuprum, warna air akan bertukar kepada warna biru. Warna biru ini terhasil daripada pengoksidaan kuprum pada cathode dan menghasilkan ion kuprum 2+ yang berwarna biru
Setelah setengah jam, keseluruhan air telah bertukar kepada warna biru
Diharap penjelasan ini akan memberikan sedikit pencerahan kepada anda semua tentang penipuan yang dilakukan oleh penjual produk mahupun yang memberi perkhidmatan seperti in
Sekian.
***Prosedur ini telah kerap dilakukan oleh KMI. Jika anda berhasrat melakukannya, sila dapatkan nasihat daripada orang yang berpengalaman
Sumber : Apecher.com

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit