Connect with us

WTF

Tepuk Meja Sampai Pecah, Bapa ‘Excited’ Anak Gadis Sah Akad Nikah

Kegembiraan bukan sahaja pdapat dirasai oleh yang  pasangan bakal mendirikan perkahwinan, malah ibu bapa turut teruja untuk menyambut kedatangan ahli terbaru dalam keluarga mereka.

Tular sebuah video di media sosial, seorang bapa tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya sewaktu majlis akad nikah anak gadisnya berlangsung. Lebih mengejutkan ramai apabila si bapa berkenaan turut tidak sengaja memecahkan cermin meja kerana terlampau teruja.

Video yang berdurasi 38 saat berkenaan memaparkan pengantin lelaki berkenaan melafazkan akad nikah dihadapan tok kadi. Si bapa yang berada ditengah-tengah dilihat begitu tekun mendengar lafaz akad daripada kedua-dua pihak.

Advertisement

Usai sahaja pengantin lelaki melafazkan akad nikah, si bapa terus menjerit sah sambil menepuk meja yang ada dihadapnnya. Suasana bertukar menjadi riuh dan lucu dengan gelagat yang ditonjolkan oleh si bapa berkenaan.

 

Para tetamu yang hadir dilihat terkejut dan sekali gus tertawa dengan aksi oleh orang tua berkenaan. Malah, anak dan menantunya juga dilihat turut terhibur dengan gelagat bapanya dilihat begitu teruja.

Sumber: Twitter.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending