Connect with us

Infozon

Tentera Laut Indonesia Rakam Video Bawah Laut, Temui Serpihan Pesawat & Barang2 Mangsa

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu seperti dilaporkan oleh media Indonesia.

Di laman sosial Twitter, terdapat beberapa berita Indonesia yang melaporkan bahawa pasukan tentera laut Indonesia sudah menemui serpihan pesawat yang terhempas itu di dalam dasar laut.

Keadaan pesawat yang terhempas

Video dikongsi @breakingavnews itu memaparkan video rakaman pasukan tentera laut yang telah berjaya menemukan bangkai pesawat jenis SYJ182 di perairan kepulauan tersebut.

Jika diperhatikan betul-betul menerusi video berkenaan, serpihan-serpihan pesawat yang berkecai dan barang-barang mangsa turut ditemui.

Serpihan pesawat & cebisan mayat ditemui

Memetik laporan @dwnews pula, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga telah berjaya menemui kotak hitam pesawat terbabit di satu koordinat yang tidak dinyatakan sedalam 23 meter.

Selain itu, kesemua ahli keluarga mangsa yang terlibat perlu tampil dan memberikan sampel DNA supaya pengesahan identiti dapat dikenal pasti dengan lebih tepat dan cepat.

Terdahulu, pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa enam anak kapal, 40 penumpang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi disahkan meninggal dunia.

Sumber: Twitter @breakingavnews , @dwnews

Continue Reading
Advertisement

Trending