Connect with us

Inspirasi

Tengah Kerja Sempat Belajar, Gadis Cari Duit Lebih Bayar Yuran Universiti

Kesibukan sebagai penuntut universiti tidak menghalang Nenisa Rahayu untuk mencari pendapatan sampingan dengan melakukan perkhidmatan teksi motosikal.

Gambar gadis yang membuat perkhidmatan sekitar Kota Bandung itu tular di laman Twitter setelah kelihatan dia sempat mencuri masa untuk menyiapkan tugasan kuliahnya sementara menunggu pelanggan.

Menerusi gambar tersebut, Nisa kelihatan sedang duduk sambil meletakkan buku di atas lututnya manakala sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit.

Memetik laporan Pikiran-Rakyat.com, dia membuat pekerjaan itu kerana mahu membayar yuran pengajian setelah hampir berputus asa mencari kerja kosong tetapi tidak diterima di sekitar kawasan berkenaan.

Tambahan pula ibu bapanya berada di kampung, jadi dia perlu mencari duit demi meneruskan pengajian lebih tanpa menyusahkan orang tua.

Kisah gadis terbabit mendapat pujian warganet yang rata-rata kagum dengan semangat serta kegigihan Nisa dalam menguruskan masa antara bekerja dan belajar.

Sumber : Twitter , Pikiran-Rakyat

Continue Reading
Advertisement

Trending