Connect with us

WTF

Tendang Dan Tumbuk Warga Asing Di PPV, Anggota RELA Dikecam Tiada Perikemanusiaan

Sejak semalam, telah tular sebuah rakaman video aksi seorang anggota RELA berkasar dan memberi layanan buruk kepada pekerja asing di PPV. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di dalam video yang dimuat naik oleh Sasi Rekha Ravi di Twitter, seorang pekerja asing dilihat telah ditolak dengan kasar ketika sedang beratur. Menurut pemilik video ini, dia turut menyaksikan beberapa pekerja asing ditendang dan ditumbuk oleh orang yang sama namun tidak sempat merakam aksi berkenaan.

Meskipun terdapat tiga orang anggota polis yang berada di tempat kejadian pada waktu tersebut, namun tiada sebarang tindakan telah diambil.

Advertisement

Diherdik macam tiada perasaan

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan anggota RELA itu.

Beberapa netizen yang juga kebetulan berada di situ dan menyaksikan kejadian tersebut turut berkongsi kekecewaan mereka.

Rata-rata mereka meluahkan perasaan kecewa dan sedih dengan layanan kasar yang diberikan kepada warga asing. Seharusnya semua orang wajar dilayan sama rata tanpa mengira pangkat dan status warganegara.

Tanpa mereka siapa nak kerja buruh dan kilang?

Tambah mereka lagi, pekerja asing adalah tulang belakang negara yang banyak membantu dalam sektor pembinaan dan perkilangan. Mereka sepatutnya dilayan secara baik dan bermaruah.

Ada beberapa orang memang kurang ajar

Terdapat juga beberapa netizen yang turut berkongsi pengalaman yang serupa di mana warga asing dilayan dengan kurang sopan di PPV.

Advertisement

Sementara itu, PPV Bukit Jalil merupakan satu-satunya pusat pemberian vaksin yang dibuka kepada warga asing yang berhajat untuk mendapatkan vaksin secara walk-in.

Sumber: Twitter @sassyRekha

Continue Reading
Advertisement

Trending