Connect with us

Inspirasi

Tenangnya Duduk Di Masjid Antara Maghrib & Isyak, Boleh Lupakan Masalah2 Dunia

Selepas sehari suntuk sibuk dengan kuliah atau kerja, segelintir individu pasti berasa letih dan emosi apatah lagi berhadapan dengan pelbagai ragam manusia serta tugasan yang tidak akan pernah habis.

Namun kadang-kala bukannya keletihan fizikal, sebaliknya lebih kepada minda yang terlalu banyak memikirkan masalah dunia sampai rasa sakit kepala!

Bagi seorang pemuda ini, dia melupakan hal duniawi seketika dengan mengambil masa untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak di sebuah masjid.

Memberi ketenangan jiwa

https://twitter.com/mrfotografer_/status/1227949656702799873

Sementara menunggu waktu Isyak, sudah tentu ramai jemaah mengisi masa tersebut dengan berzikir, membaca ayat suci al-Quran ataupun mendengar ceramah.

Pada ketika itu, suasana hening dirasai dalam hati dan jiwa yang mula memberi fokus terhadap ibadah serta melupakan hal kebendaan dalam fikiran.

“Duduk di masjid antara Maghrib dan Isyak, meninggalkan hiruk pikuk kehidupan dan melupakan seketika pelbagai masalah dunia adalah sesuatu yang amat mendamaikan jiwa,” tulis pemuda berkenaan.

Main telefon pun okey!

Betul sangat, tenang dia lain rasanya

Rasa bebas daripada masalah2

Nak buat juga tapi macam pelik pergi sorang2

Rindunya zaman asrama dulu!

Waktu sesuai bagi tenangkan diri

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending