Connect with us

Infozon

Tenang & Tak Bersesak, Foto2 Jemaah Tunai Haji Buat Ramai Ucap Syukur

Ibadah haji tahun ini menyaksikan jumlah adalah kurang berbanding 2.6 juta orang tahun lalu untuk memastikan pelaksanaan penjarakan sosial dipatuhi akibat wabak Covid-19.

Kira-kira hanya 1,000 hingga 10,000 jemaah sahaja terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu terutama bagi individu daripada 160 negara yang menetap di Arab Saudi.

Kebiasaannya umat Islam berpakaian ihram dan telekung membanjiri keliling Kaabah dan Padang Arafah, tetapi kali ini mereka amat bertuah sebagai tetamu Allah SWT yang melakukan ibadah tanpa perlu bersesak-sesak.

Beberapa posting sekitar pelaksanaan tersebut dikongsi di laman Facebook Haramain yang sentiasa membuatkan warganet berasa teruja melihat insan bertuah dapat menunaikan ibadah dengan tenang.

Posted by Haramain on Thursday, July 30, 2020

Beautiful moments of Hujjaj in Arafah. We ask Allah Subhanau wa ta'ala to accept the Haj of Hujjaj and forgive our sins.

Posted by Haramain on Thursday, July 30, 2020

Beautiful Images taken in 'Arafah today

Posted by Haramain on Thursday, July 30, 2020

Scenes at Jamarat earlier today as Hujjaj symbolically cast stones at the ‘devil’. #Hajj 2020

Posted by Haramain on Thursday, July 30, 2020

Memetik laporan AP News, individu yang menunaikan haji tahun ini bergerak dalam kumpulan 20 orang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelak penularan wabak pandemik berkenaan.

Terdahulu, lapan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu turut terpilih dalam kalangan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.

Sumber : Bernama , Haramain , AP News

Continue Reading
Advertisement

Trending