Connect with us

Inspirasi

Tenaga Dikerah Kerja GrabFood, Wanita Duduk Tertidur Hilangkan Penat

Kuntum Azalea

Published

on

Bagi individu yang penat lelah bekerja, terdapat ganjaran pahala akan diberikan Allah SWT. Malah turut dipandang dengan penuh kasih sayang olehNya kerana mencari rezeki halal yang merupakan satu ibadah.

Perkara tersebut dapat diceritakan menerusi gambar seorang penghantar makanan aplikasi atas talian GrabFood apabila kelihatan tertidur setelah kepenatan bekerja.

Gambar yang dirakam di sebuah restoran makan segera popular di Indonesia itu menunjukkan wanita berkenaan duduk tertidur di atas lantai sambil badannya menyandar ke dinding tanpa menyedari bunyi bising di sekeliling.

Mungkin sedang menanti pesanan makanan untuk dihantar ke pelanggan atau mengambil sedikit masa untuk berehat, tetapi gambar tersebut ternyata mengundang rasa kasihan ramai.

Rata-rata warganet Indonesia meluahkan rasa simpati selain mendoakan agar wanita itu sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki dalam mencari sesuap nasi.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending