Connect with us

Inspirasi

Tempat Parkir Diletakkan Katil, Jadikan Sebagai Tempat Tidur Gelandangan

Anati Ali

Published

on

Golongan gelandangan bukanlah satu masalah yang baru bagi setiap negara. Malah, bilangan golongan gelandangan ini saban hari, kian bertambah dan sehingga mencetuskan kebimbangan bagi sesetengah pihak.

Golongan ini kebiasaannya terpaksa merempat dan meneruskan hidup dengan menetap di tepi jalan, bawah jambatan atupun lorong terbiar. Kebiasaanya yang menjadikan mereka ini gelandangan adalah, disebabkan kerana tidak mampu untuk memiliki rumah dan juga tidak bekerja untuk sara hidup.

Sediakan ruang tidur!

Sebuah badan amal dikenali sebagai Beddown, yang bertapay di Brisbane, Australia telah menyediakan satu inisiatif terhadap golongan gelandangan untuk berteduh dan tidur pada waktu malam.

Tapak parkir memang kosong…

Beddown menjadikan kawasan tapak letak kereta yang kosong untuk para gelandangan melepaskan lelah mereka pada waktu malam, dengan selesa walaupun tidak berumah.

Menarik sekali, mereka juga turut menyediakan ruangan yang sangat selesa dan mengutamakan keselamatan pada penghuni di situ nanti.

Macam-macam kemudahan yang diberikan

Mereka bukan sahaja menyedikan tempat tidur yang selesa buat golongan banduan, malah fasiliti seperti perubatan dan juga tandas turut disediakan untuk mereka.

Walau bagaimanapun, Beddown hanya mampu menyediakan kemudahan tersebut buat gelandangan di sekitar Bridebane sahaja. Mereka juga telah merancangan untuk membantu gelandangan di lokasi yang berlainan pada masa akan datang.

Mudah-mudahan, golongan kurang bernasib baik ini lebih terbela dan ramai lagi pihak yang prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak, Beddown.

Continue Reading
Advertisement

Trending