Connect with us

Cute

Teman Tuan Buat ‘Facial’, Kucing Nyenyak Tidur Siap Hirisan Timun Di Mata

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat manja dengan manusia. Jadi tidak hairanlah jika kucing bebas berkeliaran di dalam rumah tuannya.

Sama2 nak wajah segar

Menerusi perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, seekor kucing telah ‘menyertai’ tuannya yang sedang melakukan facial di muka dengan turut sama berbaring sambil mata ditutupi hirisan timun.

Walaupun video tersebut seakan content daripada akaun TikTok @downstopmeowing, ia tetap menghiburkan dan mendapat jutaan tontonan di aplikasi tersebut.

@dontstopmeowing

Chase was vibing #fyp #foryou #foryoupage #catsoftiktok #VideoSnapChallenge #Seitan #trending #duet

♬ original sound – Kareem & Fifi

 

Selain daripada turut berbaring disebelah tuannya sambil ‘menikmati’ perawatan berkenaan, ada juga video memperlihatkan kucing comel itu diurut badannya dan seakan selesa dengan keadaan tersebut.

@dontstopmeowing

Spaw day🐾 #fyp #foryou #foryoupage #catsoftikok #somethingyoulearned #upcycling #trending

♬ original sound – Kareem & Fifi

Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang geram melihat gelagat comel kucing itu yang hanya menurut tuannya yang sedang memanjakan wajah.

Setakat ini, posting yang dibuat oleh akaun Tiktok @dontstopmeowing telah mendapat lebih daripada 41 juta tontonan daripada seluruh dunia hanya dalam tempoh satu hari.

Sumber: @dontstopmeowing

Continue Reading
Advertisement

Trending