Connect with us

Infozon

Tekanan Di Tempat Kerja Punca Johor Catat 25,460 Kes Kanser

Pengerusi Jawatankuasa, Pendidikan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata Johor telah menjadi negeri yang mencatat jumlah rekod tertinggi kes kanser di dengan 25,460 orang.

Menurut laporan Malaysia National Cancer Registry 2012-2016, beliau mengatakan jumlah tersebut sangat membimbangkan kerana:

“Johor mempunyai jumlah kes yang pelbagai jenis kanser tertinggi seperti kolorektal, tekak dan paru-paru, leukemia, hati, prostat, ovari dan kanser rahim,” katanya.

Tetapi lebih membimbangkan adalah kenaikkan statistik kanser secara mendadak malah pakar perubatan mengenalpasti bekerja keras dan tekanan hidup menjadi penyumbang kepada risiko kanser.

Dr.Zhu, pengarah Jabatan Onkologi dan Perubatan Tradisional Cina di Hospital Pakar Johor berkata selain daripada tabiat makan yang buruk, tekanan jangka panjang dan emosi negatif boleh menjadi punca kepada kanser.

“Pergi ke kerja dan pulang lambat, kesesakan lalu lintas dalam jangka yang panjang serta emosi negatif selain tekanan di tempat kerja boleh mendatangkan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau juga menyatakan kumpulan individu yang terdedah risiko kanser adalah pekerja pejabat namun ini bukan kali pertama doktor mengaitkan kerja keras punca kepada kanser.

Dalam sebuah laporan, Dr.Lorenzo Cohen Ph.D juga mengatakan masalah tekanan mempunyai kesan yang mendalam terhadap bagaimana sistem badan berfungsi dan membuatkan badan lebih ‘mesra’ dengan kanser.

Selain itu, sukarelawan daripada Persatuan Bantu Bersama Kanser Johor Bahru juga mendedahkan pesakit kanser adalah dalam kalangan orang muda.

“Kebanyakan pesakit kanser yang saya berhubung, terdapat empat orang pesakit kanser di bawah umur 26, dengan yang paling muda berusia 16 tahun,” kata sukarelawan tersebut.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending