Connect with us

WTF

Tekad Uruskan Jenazah, Keluarga Pesakit Disyaki COVID-19 Buka Semula Pembalut Plastik

Saban hari kita mendengar bertambah lagi kes kematian akibat Covid-19, kenaikkan angka korban itu bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa lagi negara yang lain.

Kita sedia maklum jika berlaku kematian yang melibatkan pesakit Covid-19, pengurusan jenazah dikawal getat dan diuruskan dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, malah ahli keluarga juga tidak dibenarkan terlibat.

Keluarga tekad bawa balik jenazah

Bagaimana pun, lain pula yang berlaku di Sulawesi Tenggara, apabila pihak keluarga jenazah wanita yang meninggal dunia ketika dalam kuarantin disyaki Covid-19, telah meminta untuk jenazah dibawa pulang.

Difahamkan, pihak hospital telah menyempurnakan pengurusan jenazah mengikut prosedur antaranya, membalut si mati dengan plastik kedap udara sebelum diserahkan kepada keluarga.

Status belum pasti lagi

Ini kerana meskipun, keputusan masih belum keluar pihak hospital tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana statusnya masih belum dapat dipastikan.

Namun, sesampai sahaja jenazah di rumah ahli keluarga arwah telah membuka balutan plastik dari hospital, malah menguruskan semula jenazah yang sebelum ini telah diuruskan pihak hospital.

Perkara tersebut bagaimana pun merisaukan, kerana kuatir apa yang dilakukan mereka meningkatkan lagi risiko jangkitan wabak pembunuh itu.

Sumber : Kompas TV

Continue Reading
Advertisement

Trending