Connect with us

Infozon

Tayar Kereta Jenis Apa yang Terbaik untuk Jentera Anda?

Nah treadware sampai cecah 500, mahu gelak mekanik Cina itu bila aku beritahu dia yang tayar ini bunganya boleh bertahan sehingga 5 tahun.

Guys, bunga tayar tahan tidak semestinya bermaksud tayar itu bagus. Memang dari segi fizikalnya bagus, bunga tidak luak. Tetapi korang kena faham yang treadware yang lebih tinggi, composition getah ladi lebih keras.

Getah lagi keras, memang nampak cantik, boleh potong air tetapi bila kita buat braking, tayar tidak akan melekat di atas permukaan jalan. Malahan boleh tergelincir beberapa puluh meter bergantung pada kelajuan terakhir kita mula-mula berhenti tadi.

Bila mahu beli tayar, ciri-ciri ini kadang-kadang orang terlepas pandang, akan tetapi pada kaki track atau yang motorsport, treadware ini penentu traction sesebuah kereta. Dari mula starting sehinggalah waktu corneringtreadware jadi isu pertama selain dari suhu.

Aku mahu senarikan treadware tayar-tayar yang pernah aku pakai selama ini, contoh nya:

  • Dunlop D1. – 410
  • Falken ziex 922 – 310
  • Yokohama A Drive. – 3++. (Tidak ingat berapa, tetapi tayar inilah menjadi punca Type X aku serpih)
  • Toyo T1r. – 280
  • Aciles 123S. – 280
  • Acilera. – 200
  • Federal RSR. – 140
  • Toyo R1R. – 140
  • Hankok Ventus TD – 60

Sekiranya korang perasan dan kalau ada buat homeworks, tayar-tayar yang aku senaraikan daripada atas sampai ke bawah itu adalah yang paling murah sampailah yang paling mahal. Tetapi ada lagi mahal cuma tidak kesampaian lagi kocek mahu pakai dan tidak tahu mahu gunakan untuk apa.

Sekadar maklumat, tayar-tayar yang treadware-nya di bawah 200, orang panggilnya tayar semi-slick. 

Pada pandangan aku, mana-mana tayar yang treadware julatnya di dalam lingkungan 200-300 itu adalah tayar yang sesuai untuk kegunaan harian dan tidak terlalu mahal. Atas dari 300, bunga tayar sudah mulai keras dan amat bahaya sekiranya brek kecemasan. Boleh cuba bagi mana yang tidak tahu, cari jalan yang lengang, cuba buat hard braking. Tengok kereta boleh slide jauh mana.

Sekiranya treadware di bawah dari paras 200 pula, tayar memang selesa dipakai, tetapi perlu diingatkan sebab pengeluar tayar yang ingin memaksimakan contact tayar pada permukaan jalan akan mengurangkan sebanyak mungkin jaluran yang ada pada tayar-tayar jenis biasa.

Jaluran-jaluran pada tayar inilah yang orang tidak perasan di mana fungsi sebenarnya adalah untuk mengurangkan bunyi bising, memotong air dan menyerap hentakan.

Cuba tengok bunga tayar pada tayar jenama Nitto, Federal FZ201 ataupun Hankook Ventus TD, macam kurang bunga saja kan? Bila tayar jenis yang kurang bunga ini, ianya akan mudah untuk tergelincir bila hari hujan ataupun sewaktu melanggar lopak air. Jadi, berhati-hatilah bagi mana yang menggunakan tayar jenis ini hari-hari.

Satu lagi, kalau korang perasan, tayar-tayar yang treadware 200 turun sampai cecah 100 ini harga dia sudah mencecah RM400 ke atas untuk sebiji tayar bersaiz 15″ dan hanya pada yang pernah pakai saja tahu betapa grip-nya tayar-tayar jenis macam ini.

Jadi, tepuk dada, tanyalah poket anda. Beli tayar ikut kesesuaian dan penggunaan kerana tayar merupakan contact terakhir dengan jalan wahai tuan-tuan.

Hatta kalau korang upgrade guna kaliper brek jenama Brembo mahupun Willwood sekali pun, tetapi kalau-kalau sarungkan dengan Falken Ziex, kereta tetap tergelincir sejauh yang mungkin sebelum berhenti sepenuhnya. Safety first.

Sumber : Sam As

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending