Cute
Tayang TV Baru, Pemain Manchester United, Paul Pogba Tonton Kartun Omar & Hana

Sejak awal pagi tadi, kecoh di media sosial apabila pemain Manchester United (MU), Paul Pogba memuat naik gambar bersama TV barunya yang memaparkan kartun animasi dari Malaysia iaitu Omar dan Hana.
Tengok apa tu Pogba?
Dengan menyertakan sekali kapyen dalam bahasa Perancis, Pogba memberitahu yang selepas ini dia dapat merasa seperti menonton di pawagam bersama ahli keluarga menerusi TV TCL C72 terbarunya yang mempunyai skrin besar bersaiz XXL.
Untuk makluman, animasi kartun Omar dan Hana merupakan animasi kanak-kanak berbentuk Islamik mengandungi kandungan tentang ciri-ciri Islam yang baik serta memaparkan nilai-nilai moral.
Kartun tersebut juga mempunyai siri dalam bahasa Inggeris dan Somalia seperti  “A Surprise for Daddy”. Selain itu, Omar dan Hana juga merupakan kartun Islam nombor 1 di Somalia setakat ini.
Memang beragama Islam
Siapa tahu sebenarnya Paul Pogba memang menonton kartun animasi tersebut di rumah ketika bersama keluarga memandangkan pemain bolasepak tersebut sudah mempunyai anak dan beragama Islam.
Omar dan Hana ke tu?
Posting tersebut juga telah dihujani dengan komen-komen dari rakyat Malaysia terutamanya peminat pemain MU itu kerana terasa ‘akrab’ disebabkan menonton animasi yang sama di rumah.
Terima kasih tengok kartun dari Malaysia
Pogba pun tengok kartun Melayu
Sumber: Instagram paulpogba, omardanhana

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit