Connect with us

WTF

Tayang Aurat Di Olimpik, Netizen Luah Rasa Kecewa Di Medsos

Semenjak berlangsungnya kejohanan sukan Olimpik Tokyo, isu aurat di kalangan atlet wanita menjadi topik hangat di media sosial. Antara atlet yang menjadi perhatian adalah Farah Ann dan Nur Dhabitah Sabri.

Ramai yang mempertikaikan pakaian renang yang dipakai oleh kedua-dua orang atlet ini yang dikatakan sangat menjolok mata dan tidak sesuai dipakai wanita beragama Islam.

Lebih baik ambil atlet non-Muslim mewakili negara

Terdapat netizen yang mencadangkan supaya pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mengambil atlet yang beragama Islam untuk mewakili negara dalam sukan yang melibatkan jenis pakaian seperti ini.

Kenapa lelaki Melayu je yang fikir sebegini?

Takkan nak terjun kolam pakai telekung

Selain ramai yang mempertikaikan isu aurat ini, terdapat juga segelintir yang tidak bersetuju dengan pandangan majoriti.

Dah berhijab pun kena kecam

Namun begitu atlet 100 meter, Azreen Nabila turut terkena tempias walaupun tampil berhijab. Ada juga netizen yang masih tidak berpuas hati.

Advertisement

Seorang pengguna Facebook bernama Hugh Lawrence Zehnder mempertikaikan pakaian Azreen Nabila yang tidak sama seperti yang dipakai oleh peserta lain.

Selain itu, beliau juga menyarankan supaya Azreen Nabila fokus kepada acara tilawah Al-Quran serta mahu pelari bukan Melayu mewakili negara dalam acara tersebut.

Sumber: Twitter, The Vocket

Continue Reading
Advertisement

Trending