Connect with us

WTF

Tawar RM20 Ribu Uji Kesetiaan Teman Wanita, ‘Prank Gold Digger’ Undang Padah!

Semua orang pasti pernah mendengar ayat “Wanita diuji bila tiada duit, lelaki diuji bila berduit.” Perkara yang paling diutamakan dalam ayat tersebut adalah duit ataupun harta, yang sudah tentunya dapat mengubah jadi diri seseorang mengikut situasi yang menghimpit.

Di Youtube, terdapat satu saluran yang meraih perhatian ramai penguna di Malaysia dengan menyajikan content video yang luar dari jangkaan. Eksperimen sosial yang dibuat oleh sekumpulan ini sudah tentunya mempunyai pengikut dan permintaan mereka yang tersendiri.

Eksperimen untuk gold digger !

Secara ringkasnya sosial eksperimen tersebut menawarkan khidmat kepada lelaki untuk menguji kesetiaan teman wanitanya.

Pada video kali ini, telah mengundang pelbagai pendapat dan juga kecaman daripada penonton kerana dikatakan agak memalukan disamping wanita berkenaan tersepit dengan keadaan yang menimpanya.

Duit tak dapat, kekasih pun hilang

Disebabkan wanita berkenaan menyatakan, bahawa dia tidak berfikir panjang dan juga terdesak kerana terhimpit dengan status seorang yang tidak bekerja membuatkan dirinya menerima tawaran RM20,000 berkenaan.

Tapi malangnya, wang yang dijanjikan hanyalah ‘gurauan’ dan alat untuk penguji kesetiaan semata-mata.

Perlu ke sebenarnya buat macam ni?

Video dan situasi yang melanda wanita berkenaan kemudiannya meraih perhatian para pengguna internet. Sebaliknya, ramai yang lebih kesiankan dan memahami wanita berkenaan kerana tersepit dalam situasi yang memaksa.

“Perempuan tu jobless kot…”

Perempuan perlu dilindungi & dijaga…

Cuba test boyfriend2 di luar sana pulak…

“Kalau pun pilih duit…”

Dia sebenarnya perempuan yang baik…

Wanita seharusnya dijaga dan dilindungi! Bahkan, aib ataupun keburukan seseorang biarlah tersimpan rapi.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending