Connect with us

Infozon

Tarik Tali Dan Kategori Sastera, Ini Enam Perkara Paling Pelik Tentang Sukan Olimpik

Empat hari lagi, bandaraya Rio De Janeiro, Brazil akan mengucapkan selamat tinggal kepada atlet-atlet terhebat dunia yang bersaing dalam Sukan Olimpik.Tiga pingat sudah berjaya disumbangkan atlet negara. Namun rasanya masih belum terlambat untuk kami kongsikan beberapa fakta pelik tentang temasya sukan terbesar ini.

1. Pingat emas di Sukan Olimpik tidak diperbuat daripada seratus peratus emas. Di Olimpik Rio contohnya, pingat emas terdiri daripada campuran 92.5 peratus perak, 6.16 tembaga dan hanya 1 peratus emas. Harganya dianggarkan bernilai AS$600 atau kira-kira RM2,400.

2. Sukan Olimpik tahun 1912 di Stockholm, Sweden mempunyai satu kategori untuk kesusasteraan. Kategori itu dimenangi oleh Georges Hohrod and M. Eschbach dari Jerman, menerusi satu nukilan sajak berjudul ‘Ode to Sport’.

3. Antara kategori pelik lain yang pernah dipertandingkan di Olimpik adalah Pemburuan Merpati dan Tarik Tali.

4. Johnny Weismuller, perenang Amerika Syarikat dan pemenang lima pingat emas Olimpik, juga merupakan pelakon yang dikenali dengan watak Tarzan. Dia memegang watak ikonik itu dalam 12 buah filem Tarzan.

5. Nama Margaret Abbott tercatat sebagai wanita pertama yang memenangi pingat emas Olimpik Perancis pada tahun 1900, menerusi acara golf. Namun percayakah anda, Abbott memenanginya secara tidak sengaja? Ceritanya bermula apabila Abbott yang ketika itu berkunjung Paris, mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan golf yang disangkanya pertandingan golf biasa.

Hanya selepas pulang ke Amerika Syarikat, Abbott diberitahu pingat yang dimenanginya adalah dari Sukan Olimpik.
6. Usia pemain bola sepak yang bertanding di Olimpik adalah 23 tahun ke bawah. Ini bertujuan untuk membezakan bola sepak di Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Sumber : Astroawani

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending