Connect with us

Detik

Tapis ‘Content’ Berkaitan Palestin, Laman Sosial Terkenal Padam Catatan Ketegangan Baitulmaqdis

Berikutan keganasan terhadap rakyat Palestin baru-baru ini, portal Anadolu melaporkan, Facebook (FB), Instagram dan Twitter menapis dan memadam sebarang catatan atau ‘hashtag’ berkaitan ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Laman web bebas Mondoweiss, yang melaporkan perkembangan di Israel, Palestin dan dasar luar Amerika Syarikat melalui aplikasi Twitter, berkata Instagram dan syarikat induknya, FB telah menapis catatan berkaitan Sheikh Jarrah.

FB & Instagram padam catatan berkaitan Palestin

Selain itu, akaun Mondoweiss turut menciap semula sebuah ‘posting’ yang menyatakan bahawa Instagram mempunyai catatan terhad dengan tanda pagar #Baitulmaqdis dalam bahasa Inggeris dan Arab.

https://twitter.com/Mondoweiss/status/1390788805989330944?s=20

 

Bukan itu sahaja, dalam tempoh beberapa jam yang lepas, puluhan pengguna Instagram memaklumkan perkongsian tentang Sheikh Jarrah dan Palestin dipadam dari laman Instagram mereka tanpa sebarang penjelasan, lapor theIMEU.

Twitter turut memerangi kandungan yang mendedahkan kejahatan Israel

Selain itu, media New Press turut melaporkan bahawa Twitter banyak menyekat ‘content’ yang menunjukkan kejahatan Israel mengusir Palestin.

“Twitter memerangi kandungan yang mendedahkan kejahatan Israel mengusir warga Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis.
“Warga Palestin memprotes dan bersolidariti dengan penduduk Sheikh Jarrah yang menyebabkan pertempuran dengan polis Israel.
“Protes berlaku ketika Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis Timur meluluskan keputusan untuk mengusir 7 keluarga Palestin daripada kediaman mereka bagi menyokong kemasukan peneroka Israel pada awal 2021,” tulis media New Press sambil menambah bahawa akaun bahasa Inggeris mereka telah digantung oleh ‘pentadbiran’ Twitter.

Rata-rata netizen di Twitter mengkritik syarikat-syarikat media sosial itu kerana menapis kandungan yang berkaitan dengan Sheikh Jarrah dan Palestin.

Mereka menganggap tindakan tersebut sebagai satu diskriminasi, apatah lagi apabila ada yang mendakwa kandungan berkaitan Palestin dilabelkan sebagai ‘ucapan kebencian’ di laman sosial terbabit.

Kebanyakan IG Story tentang Sheikh Jarrah telah dipadam

Lepas ‘share’ IG Story tentang #SheikhJarrah, bangun pagi semua hilang

‘Posting’ berkenaan Palestin semua ditapis

#Diskriminasi. Kalau kanak2 Palestin berbangsa kulit putih, kisah mereka pasti sudah dihebohkan di serata laman sosial

https://twitter.com/Kaaf____/status/1391024137993396225?s=20

Jumaat lalu, jumlah rakyat Palestin yang cedera meningkat kepada 205 orang dalam serangan Israel di Masjid Al-Aqsa, Gerbang Damsyik Kota Lama, dan kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Polis Israel berusaha menyuraikan jemaah di dalam kawasan Masjidil Al-Aqsa di Masjidil Haram menggunakan bom tangan dan bom gas.

Sumber: Twitter Mondoweiss, Twitter #SaveSheikhJarrah, Berita Harian

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending