Connect with us

Inspirasi

Tanpa Mak Ayah Sejak Kecil, Gadis Ziarah Pusara Kongsi Kejayaan

Oktober dan November antara bulan yang menyaksikan penuntut universiti awam mahupun swasta meraikan kejayaan masing-masing sempena majlis istiadat konvokesyen.

Ramai menceritakan pengalaman suka dan duka setelah meraih kejayaan tersebut, namun tidak kurang terdapat juga kisah meruntun jiwa yang memberi kesan mendalam kepada orang ramai.

Walaupun pernah tular di media sosial pada 2017 lalu, perkongsian oleh seorang gadis Adilla Kamaruzzaman masih menarik perhatian untuk dibaca.

Terima kasih mama & ayah!

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Diploma Seni Lukis & Seni Reka di Lendu, Melaka itu kehilangan ibu tersayang akibat kemalangan sewaktu berusia empat tahun.

https://twitter.com/shewasokay/status/918157631147032576

Manakala bapanya pula meninggal dunia akibat lumpuh setelah terjatuh di dalam bilik air ketika usianya 10 tahun.

Sememangnya sukar menerima hakikat bergelar anak yatim pada usia kanak-kanak, tetapi gadis yang kini berusia 23 tahun itu berjaya menamatkan pengajian walaupun tanpa kasih sayang ibu dan bapa.

Akan ziarah kubur pada setiap tarikh istimewa

https://twitter.com/shewasokay/status/918159551458820096

Selamat hari lahir mama!

View this post on Instagram

Mama. Happy birthday ❤️

A post shared by EL (@adillakamaruzzaman01) on

Semoga Adilla terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian serta mengecapi nikmat kesihatan dan kebahagiaan dunia & akhirat.

Sumber : Twitter , Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending