Connect with us

WOW

Tanggal Keramat 14 Julai 2020, KKM Ramal COVID-19 Di Malaysia Bakal Berakhir?

Pada awalnya, COVID-19 yang menular di seluruh dunia secara tidak langsung mencetuskan panik kepada penduduk di setiap negara. Kematian yang meningkat dan pertambahan kes jangkitan mendadak sudah pastinya membuatkan masyarakat gerun dengan wabak ini.

Negara Malaysia antara salah satu negara yang sering disebut-sebut sepanjang COVID-19 ini melanda. Tangkas dan bijak membendung penularan COVID-19 dan mengikut laporan Sinar Harian, Malaysia dinilai berada pada kedudukan nombor satu di dunia dalam pengawalan dan pengurusan kesihatan awam termasuk bagi menangani COVID-19.

Sementara itu, Berdasarkan unjuran pemodelan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), tarikh 14 Julai 2020 mungkin menjadi tanggal keramat berakhirnya wabak COVID-19 di Malaysia.

Berdasarkan data perbandingan kes harian COVID-19 (ditolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti) berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei mendapati wabak Covid-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.

Perkara ini bakal menjadi kenyataan sekiranya rakyat Malaysia terus menerus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KKM juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk membendung penularan wabak pandemik ini.

 

“Hari ini merupakan hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu dan kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP diperkenalkan.” Kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending