Connect with us

Inspirasi

Tangan Kotor ‘Bukti’ Kerja Keras Cari Duit, Lelaki Bertuah Pasangan Setia Bersama

Bagi individu yang kurang kemampuan, mereka memerlukan sedikit masa untuk menghalalkan sebuah perhubungan. Risau sekiranya selepas berkahwin, tak mampu pula untuk memikul pelbagai tanggungjawab terutama dari segi kewangan.

Malah mereka tidak kisah dengan apa jua jenis pekerjaan, asalkan dapat memperoleh sejumlah wang. Namun di sebalik semua itu, pasti ada insan yang memberi sokongan dan tidak mudah putus asa menunggu sehingga tiba waktunya.

Situasi seperti itu boleh digambarkan terhadap pasangan ini, dipercayai mungkin pasangan kekasih menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram @makassar_iinfo.

View this post on Instagram

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo)

Advertisement

Video pendek berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki yang sedang merehatkan diri dan menghilangkan dahaga selepas penat bekerja sambil ditemani oleh pasangannya.

Pasangan tersebut dilihat menggenggam tangan antara satu sama lain, dimana tangan lelaki itu dipenuhi dengan kotoran hitam kerana bersungguh melaksanakan tugas di tapak lokasi berkenaan.

Namun pasangannya tidak berasa jijik melihat kotoran tersebut, malah terus merakam aksi romantis mereka yang sentiasa ada dalam situasi susah dan senang.

Meninjau ke ruangan komen, posting tersebut menerima 3,541 reaksi warganet yang rata-rata mengakui paras rupa lelaki itu juga memainkan peranan dalam perhubungan.

Advertisement

Warganet berkata, lelaki yang agak sedap mata memandang itu sudah tentu disayangi oleh pasangannya walaupun tidak memiliki harta berbanding lelaki tiada paras rupa serta tidak mempunyai apa-apa.

Tak baik kata macam tu.. mungkin pasangannya memang seikhlas hati sayang tanpa memandang penampilan fizikal. Tapi semuanya terpulang pada niat dan citarasa masing-masing kan!

Sumber: Instagram @makassar_iinfo

Continue Reading
Advertisement

Trending