Connect with us

WOW

Tangan Gigil Diketawa Netizen, ‘Prof’ Suntik Jokowi Ini Rupanya Doktor Terkemuka Di Indonesia

Hari ini Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang bertempat di Istana Presiden, Jakarta. Prosedur suntikan tersebut disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden.

Terdahulu pada 7 Januari lalu, Jokowi ada memuat naik posting di laman media sosial menjelaskan inisiatifnya menjadi individu pertama di Indonesia menerima suntikan tersebut kerana ingin membuktikan vaksin itu selamat dan halal.

Video prosedur suntikan tersebut kini tular di laman sosial di Indonesia dan juga Malaysia. Namun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah keadaan doktor yang menjalankan suntikan vaksin terhadap Jokowi.

Tangan doktor menggigil ketika mahu menyuntik Jokowi

Menerusi video berkenaan, jelas sekali kelihatan tangan doktor yang menyuntik Jokowi menggigil teruk.

Perkara terbabit menjadi bualan hangat netizen dan mulalah timbul spekulasi sama ada doktor itu sedang ‘takut’ atau ‘nervous’. Mana tidaknya, dia menggalas tanggungjawab besar melakukan prosedur suntikan ke atas Presiden Indonesia sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mentertawakan gelagat doktor berkenaan. Malah, ada juga yang bertanya sama ada doktor tersebut ‘okay’ atau tidak.

Doktor tu lagi ‘nervous’ berbanding pesakit

Kenapa terketar tu?

Sepatutnya doktor tu tak boleh beri suntikan vaksin

Doktor tu okay tak?

Siapakah gerangan doktor terbabit? Sebenarnya, doktor itu ialah doktor terkemuka di Indonesia, iaitu Professor Dr. Abdul Muthalib, juga merupakan salah seorang ahli kumpulan perubatan Presiden Indonesia yang sudah berusia lebih 70 tahun.

Bukan calang2 orang rupanya! Prof Abdul Muthalib

Sumber: Twitter Chinese Xinhua News , Instagram Tommy Aditya

Continue Reading
Advertisement

Trending