Connect with us

Infozon

Tanda-tanda ‘Its Not Working Out’ Antara Kita Lagi

“Tidak dinafikan kami memang rapat dan sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. InshaAllah kalau ada jodoh, kami akan beritahu”

Ayat di atas ini memang selalu digunakan orang bila mula bercinta. Sebab apa? Sebab masing-masing mahu mengambil jalan selamat untuk tidak mahu terlalu heboh bila bercinta. Masing-masing baru mahu mengenail atau mahu lihat adakah pasangan ini yang dia cari?

 

Ciri-ciri di bawah ini mampu memberikan anda hints dalam perhubungan dan sekiranya ciri-ciri di bawah wujud di dalam perhubungan anda, baik anda putuskan sahaja perhubungan itu kerana ianya “its not working out.”

1. Masing-masing cuba ubah diri pasangan ikut kehendak masing-masing

Tidak dinafikan, benda ini selalu berlaku di mana, salah satu pihak akan cuba mengawal cara dan gaya kehidupan satu pihak lagi.

 

2. Dia tidak boleh  bersama-sama anda semasa hard times

Di dalam setiap perhubungan, bukan semuanya rainbows and butterflies. Akan ada terjadinya beberapa perkara yang akan buatkan anda berasa stress dan salah satu tanda hubungan anda tidak akan pergi jauh adalah apabila si dia tidak boleh bersama-sama dan cuba melarikan diri semasa anda dilanda masalah.

3. Dia tidak nampak masa depan bersama anda

Secara jujurnya, sekiranya si dia betul-betul ikhlas dalam perhubungan anda, pastinya si dia sudah bersemangat untuk menaiktaraf hubungan yang sedia anda ini ke peringkat yang lebih tinggi lain, Emm, seperti bertunang?

4. Tiada kepercayaan

Sekali sekala, cuba perikasa telefon pasangan anda tu. Manalah tau.

5. Tiada give and take. Si dia takes it all away!

Dalam setiap perhubungan, perlu ada toleransi. Ada kalanya anda perlu mengalah dan adakalanya si dia. Tapi kalau asyik-asyik anda sahaja yang mengalah, itu sudah cacat namanya. Baik move on saja.

Pendek kata, selidik dulu pasangan anda betul-betul dan jangan terus mengharapkan bintang dan bulan dalam setiap perhubungan. Sekiranya dalam perhubungan cinta pun anda tidak mampu bertahan, apatah lagi mahu menjalani kehidupan berumah tangga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending