Connect with us

Infozon

Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda

Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita.

Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan.

Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:

1. Didera dan dipukul sesuka hati

Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja.

Dan alasan yang sering diberikan oleh teman lelaki kamu ialah, “Abang ni memang panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang”, “Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan.”, “Abang ni nak pergi Amerika, pergi audition jadi wrestler nak lawan Randy Orton.” dan bermacam jenis alasan lagi.

Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan kalau kamu berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.

2. Dikawal dan dikongkong sepanjang masa

“Awak, saya nak keluar main futsal dengan kawan saya malam ni.”

“Tak boleh! Duduk rumah, tengok Adam dan Hawa. Nanti kita boleh Tweet pasal scene-scene Adam dan Hawa malam ni.”

**********

“Awak, saya nak keluar pergi shopping dengan adik saya…”

“Tak boleh! Jangan mengada nak keluar dengan lelaki lain.”

“Tapi.. Rafi tu kan adik saya..”
“I said no!”

Ini negara bebas. Kenapa kekasih kau nak kongkong kau sampai macam itu sekali? Emak ayah kau pun tak pernah kongkong kau macam itu sekali.

Bukanlah kita tak boleh hendak mengongkong langsung. Tapi adalah batasannya. Janganlah melampau sangat. Janganlah kongkong pasangan kamu macam kamu bela hamster dalam sangkar.

Tapi aku perhatikan, bila emak ayah kamu kongkong kamu, kemain kamu mengamuk. Kata parents kamu tak supporting.

Tapi bila kekasih kamu kongkong kamu, kamu alright saja ikut kehendak kekasih kamu.

Kerana kasih, hamba turutkan?

3. Tiada cukup masa untuk bersama

Bila kamu free, dia pulak busy memanjang. Bila kamu busy, dia pulak asyik ajak keluar date. Timing tak kena langsung. Habis itu, bila masa nak berjumpa, bercanda dan memadu asmara kan?

Satu lagi situasi yang menyebabkan sukar untuk bersama ialah cinta jarak jauh. Aku tak kata cinta jarak jauh tak kan berjaya. Ada juga kawan aku menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Cuma belum dapat anak lagi. Mandul mungkin. Kah kah kah! (Sorry Eddie. Tak sengaja kutuk kau).

Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau kamu selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung, cepat jealous apabila melihat kawan kamu keluar bersama kekasihnya atau nafsu memuncak apabila melihat amoi ber-hot pants jalan seorang diri, maka dengan segala hormatnya silalah putuskan hubungan anda dan mulakan cinta jarak dekat.

4. Anda selalu sedih dari gembira

Asyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih kamu? Mata kamu selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan “Semalam aku tengok cerita Adam dan Hawa. Aku menangis bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab jealous Aaron Aziz peluk perempuan lain” setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata kamu yang bengakak dan merah?

Baik kamu putus sajalah.

5. Tidak dihargai dan tidak diambil berat

Setiap apa yang kamu lakukan untuk kekasih kamu, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi.

Kamu dah bersusah payah nak buat sesuatu yang romantik atau surprise kepada dia, tapi dia buat selamba badak siap bagi komen “Apalah awak buat benda-benda macam ni?”

Kekasih kamu juga tidak mengambil berat terhadap kamu. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan SMS “Good morning? You sihat? Dah breakfast?” Ye tak?

6. Kamu ketagihan

Kamu mempunyai kekasih. Tapi kamu ketagihan. Samada kamu ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif.

Bila kamu ketagihan, ada baiknya kamu lepaskan kekasih kamu. Jangan menyusahkan hidup orang lain.

Jika kamu ketagihan, kekasih kamu pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi kamu. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.

Bukan aku nak kata kalau sudah jadi penagih, terus jadi manusia yang hopeless. Tapi seeloknya kamu ubati diri kamu dahulu. Sudah sihat waafiat, barulah fikir pasal nak menanggung anak dara orang.

Apa? Kamu ketagihan seks? Kalau ketagihan jenis itu, baik kamu kahwin sahaja. Settle.

7. Kamu selalu ditipu kekasih

Ali: Eh? Siapa lelaki yang kelaur dengan awak semalam tu?

Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.

Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.

Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?

Ina: Eemm… Eerr.. Oh, sebenarnya kitaorang tengah kesejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.

Ali: Okay. Tapi yang awak tengah comolot kawan baik awak tu, nak kira macam mana pulak?

Ina: Itu.. Itu dia tengah buat CPR. Saya lemas tu.

Ali: Lemas? Bukan awak keluar pergi Sogo ke dengan dia? Apa jadah lemas dekat Sogo?

Ina: Lemas sebab berpusu-pusu tengah shopping masa tu.

Nampak sangat menipunya. Kamu dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.

10. Selalu menipu kekasih kamu

Sama seperti situasi sebelum ini. Cuma yang bezanya, kamu yang menipu kekasih kamu.

Ingat ya, selalu menipu. Perkataan “Selalu” membawa maksud kamu menipu kekasih kamu terlalu kerap. Sekali sekala bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.

Jika kamu selalu menipu, itu tandanya kamu bukan benar sukakan dia sebab kamu memang tidak jujur dengan dia. Cinta yang suci menstilah berlandaskan kejujuran yang hakiki. Chewah!

Carilah kekasih baru. Habis cerita.

11. Kamu tiada masa depan bersama dengan kekasih kamu

Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak.

Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini.

Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana kedua-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan.

Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja.

Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2 episode 22, Something Blue).

12. Kamu masih terbayangkan bekas kekasih kamu

Setiap kali kamu keluar date dengan kekasih kamu, memori kamu ber-dating dengan bekas kekasih kamu sering bermain difikiran kamu.

Setiap kali kamu memandang wajahnya, kamu sering teringatkan wajah kekasih kamu. Dan kamu sering tersilap memanggil nama kekasih kamu. Kamu sering tersebut nama bekas kekasih kamu.

Itu bermakna kamu belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih kamu. Ada baiknya kamu putuskan hubungan dengan kekasih kamu, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam kamu.

Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih kamu tu. Jangan jadikan pasangan anda sebagai rebound girl/boy.

13. Kekasih kamu seorang yang obses tahap melampau kepada sesuatu/seseorang

Setiap manusia ada tahap obsessi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsessi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya.

Jika kamu mempunyai kekasih yang obses seperti di bawah, sila tinggalkan mereka:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending