Connect with us

Detik

Tamatkan Ketegangan Di Gaza, Israel & Palestin Umum Gencatan Senjata

Pejuang Hamas dan Zionis Israel telah bersetuju mengadakan gencatan senhata yang berkuat kuasa awal pagi Jumaat ini, jam 2 pagi waktu tempatan sekali gus berpeluang menamatkan pertempuran yang berlangsung selama 11 hari.

Kedua belah pihak bersetuju

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, semalam.

Kenyataan yang di keluarkan oleh pejabat Netanyahu berkata, kabinetnya sebulat suara menerima saranan yang diusulkan untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.

Namun begitu, selepas beberapa minit pengumuman tersebut, kedua-dua belah pihak masih meneruskan serangan dan melancarkan roket.

Gencatan senjata sudah dilakukan

Seorang anggota kabinet Israel mengatakan gencatan senjata itu akan berkuat kuasa jam 2 pagi Jumaat, kira-kira 3 jam selepas pengumuman.

Advertisement

Maksudnya, ia telah pun dilaksanakan pada jam 7 pagi waktu Malaysia tadi.

Dalam keadaan desakan global yang meminta mereka menghentikan peperangan di Gaza, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendesak Netanyahu agar meredakan ketegangan sementara negara Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencati penyelesaian.

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebelum ini mengarahkan 2 delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.

Dalam pada itu, rakyat Palestin menunjukkan perasaan gembira dengan mengadakan perarakan besar-besaran serta bermain bunga api di luar rumah bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang tersebut.

Untuk rekod, perang yang bermula sejak 10 Mei itu telah mengorbankan 232 nyawa rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak.

Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.

Pada Khamis, Biden membincangkan situasi Gaza bersama Presiden Mesir dan White House menyatakan laporan gerakan menuju gencatan senjata adalah positif.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending