Connect with us

Cute

Takut Kena Cucuk Punya Pasal, Budak Sekolah Sanggup Rembat Basikal Orang Lari Balik Rumah

Pada setiap tahun, pastinya sekolah-sekolah akan dikunjungi oleh pihak kesihatan untuk membuat pelbagai pemeriksaan kesihatan untuk semua pelajar. Kebiasaannya ibu bapa akan diberikan surat maklumat mengenai rawatan yang akan dijalankan keatas anak masing-masing.

Semalam, tularnya sebuah video gelagat seorang murid sekolah rendah, yang kelihatan sedang menangis ketakutan. Sangat melucukn apabila budak tersebut dikatakan lari dari balik ke rumah kerana takut dengan injection dari pihak kesihatan di sekolahnya.

Lari dari sekolah sebab takut!

Video ini telah dimuat naik oleh ibu saudara murid itu sendiri dan telah berkongsikan di sebuah group Facebook. Jelasnya lagi, anak sedara itu turut dikejar oleh pengawal keselamatan dan cikgu sekolahnya.

 

Takut kena cucuk katanya!

Murid sekolah rendah tersebut dilihat mengunci dirinya didalam rumah dan hanya berinteraksi dengan ibu dan gurunya melalui tingkap sahaja. Puas dipuji oleh cikgu dan ibunya, dia tetap mahu pergi ke sekolah dan membuka pintu rumah.

Tambah kenyataan dalam video berkenaan, murid tersebut dikatakan lari balik rumah dengan membawa basikal kepunyaan pelajar lain.

https://www.facebook.com/nurizzaty.mohammad/videos/2294080707569870/?t=0

Ramai yang geli hati…

Video itu kemudiannya mendapat perhatian dan reaksi oleh ahli-ahli group tersebut. Diruangan komen, ramai juga mengambil peluang dengan mengimbas kembali kenangan mereka sewaktu sekolah semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di sekolah.

Takut kena cabut gigi sanggup panjat pagar!

 

Teringat pulak zaman sekolah rendah dulu-dulu!

Budak-budak dulu selalu stress bila misi datang sekolah…

Buat malu kaum je adik ni

Budak-budak memang kebiasaannya takut dengan doktor atau misi. Namun, bukan setakat kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga turut ‘degil’ apabila disuruh berjumpa dengan doktor ataupun pergi ke rumah sakit.

Sumber: Nur Izatty Mohammad. 

Continue Reading
Advertisement

Trending