Connect with us

WTF

Takut Hubungan Sulit Diketahui, Ibu Bunuh Bayi Kandung Kerana Wajah Mirip ‘Skandal’

Seorang bayi berusia sembilan bulan dilaporkan maut selepas dibunuh oleh ibu kandung dan kekasih gelapnya di Bandar Lampung, Indonesia dengan alasan yang tidak masuk akal iaitu hanya kerana wajah bayi itu dikatakan mirip lelaki terbabit.

Suspek dikenali sebagai Ayu dan Muhammad Amin, tergamak membunuh bayi kecil itu atas alasan takut hubungan sulit mereka terbongkar tambahan lagi wajah mangsa tidak seiras bapa kandungnya, lapor Tribun News.

Difahamkan lagi, kedua-dua suspek sudah pun berkeluarga dengan berstatus isteri dan suami orang. Mereka merancang pembunuhan kejam tersebut apabila hubungan sulit mereka berdua mula dihidu oleh jiran tetangga.

Mangsa dibunuh dengan cara yang cukup keji dimana bayi kecil itu dipaksa minum air gula merah yang dicampur dengan asam jawa dan minyak rambut. Seterusnya, mangsa dicekik sehingga mati.

Memetik laporan Indo News, mangsa bernama Kartina Suci Rahayu itu ditemui oleh pihak polis dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam bilik di rumahnya.

Advertisement

Menurut pihak polis lagi, mereka mengesyaki bayi malang itu dibunuh oleh ibu kandung sendiri kerana sewaktu mayatnya ditemui, ibunya itu tiada di tempat kejadian.

Suspek telah ditangkap dalam masa kurang 24 jam dari waktu kejadian berlaku dan pihak polis merampas sejumlah barang bukti pembunuhan yang disembunyikan oleh kedua-dua suspek di dalam pondok di sebuah kebun berdekatan kediaman.

Apa yang lebih mengejutkan, Ayu mendakwa dia dipujuk oleh lelaki berkenaan supaya membunuh anaknya atas janji-janji manis akan diajar solat dan mengaji.

Terdahulu, memetik laporan media Indonesia, suspek lelaki telah menjalin hubungan cinta sejak wanita berkenaan sedang mengandung, iaitu ketika mangsa berusia lima bulan dalam rahimnya.

Advertisement

Pembunuhan terbabit dipercayai berlaku pada malam Sabtu lalu, 6 Februari dan sudah dirancang sejak dua bulan lepas. Memang tak masuk akal!

Sumber: Tribun News , Indo News

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending