WTF
Takut Dijangkiti Covid-19, Lelaki Pasang CCTV & Pagar Rumah Dengan Zink

Penangan wabak Covid-19 di serata dunia sememangnya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Situasi pandemik tersebut seolah-olah tiada penghujung apabila kes dilaporkan semakin meningkat.
Ada yang panik sehingga tidak mahu keluar rumah langsung. Bagaimanapun, ada juga yang bersikap endah tak endah terhadap wabak tersebut dan meneruskan hidup seperti biasa tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan.
Namun begitu, lain pula bagi seorang penduduk Indonesia bernama Sabar Suharno yang berusia 46 tahun ini. Sebaik sahaja menyedari peningkatan kes wabak itu setiap hari, dia bertindak memagar seluruh rumahnya dengan zink.
Ya, zink yang selalu dijadikan sebagai atap rumah itu! Aduhh, tak panas ke?
Takut dijangkiti
Dia bertindak sedemikian kerana penularan wabak yang saban hari semakin tinggi itu menyebabkan dirinya merasa takut. Justeru itu, dia tidak berfikir panjang dan terus mengambil langkah drastik memagar sekeliling rumahnya menggunakan zink.
Bukan itu sahaja, Suharno turut memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah bagi memantau pergerakan orang disekelilingnya!
Biarlah orang nak kata apa, janji keluarga selamat
Meskipun tindakannya itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, dia tidak mempedulikan tanggapan negatif mereka sambil berkata ia adalah untuk kebaikan dan keselamatan keluarga.
“Biasanya ada yang menyokong dan mengutuk, namun saya tidak ambil kisah dan hanya berusaha untuk menjaga diri,” katanya seperti dilaporkan portal berita Tribunnews.com.
Selain itu, Suharto menjelaskan lagi bahawa dia juga bertindak sedemikian kerana beberapa minggu lalu seorang jirannya telah meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Malah, dia dan keluarga juga tidak akan keluar dari rumah dan hanya bergantung kepada penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya.
“Di sini, ramai peniaga datang menjual barang dan saya bergantung kepada mereka kerana tidak mahu keluar dari rumah. Selain itu saya meminta anak untuk memesan barangan menggunakan perkhidmatan jualan atas talian,” katanya.
Bagus betul lelaki ini mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi keluarga tersayang daripada jangkitan Covid-19. Bak kata pujangga, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Mari jadikan ceritanya sebagai contoh dalam membendung penularan Covid-19 dengan cara kita tersendiri, tak perlulah sehingga pagar rumah dengan zink, tetapi mematuhi SOP yang telah ditetapkan apabila berada di mana sahaja.
Sumber: Tribun News

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit