Connect with us

Infozon

Taktik Penjual Tamak! Harga Durian Terus ‘Yahudi’ Kalau Pembeli Naik Kereta Mewah

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nak makan durian pun kena fikir dua tiga kali. Mana tidaknya, ‘raja buah’ yang dijual macam harga ‘yahudi’. Tu pun belum ambil kira jumlah ulas yang boleh dimakan lagi, entah-entah hanya empat biji.

Tapi benda ni korang kena tahu! Ada segelintir peniaga menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah di tepi jalan sebagai taktik bagi meletakkan kadar harga sesuka hati.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali menerusi laporan BH Online.

Gambar sekadar hiasan

Beliau mengakui terdapat peniaga durian dikesan mengambil kesempatan menjual pada harga berbeza mengikut jenis kenderaan pelanggan yang singgah untuk membeli.

Maksudnya, harga akan naik dua hingga tiga kali ganda kalau pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah! Semestinya untuk mengaut keuntungan dengan lebih cepat.

“Bagi memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian tepi jalan di negeri ini terutama di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh yang rancak dengan aktiviti jualan.
“Kita akan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 sekiranya peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Kalau peniaga menggunakan alat timbang tidak ditentusah pula, kompaun RM1,000 bagi perseorangan dan perkongsian serta RM2,000 untuk syarikat dan perbadanan boleh dikenakan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1973.

Sumber : BH Online (Mohd Rafi Mamat)

Continue Reading
Advertisement

Trending