Infozon
“Takde duit hantaran, mas kahwin je..” – Wanita kongsi kahwin bajet bawah 9k!

Apabila bercakap mengenai hal perkahwinan, semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin untuk memastikan majlis di hari bahagia berjalan dengan lancar.
Jika ingin mendirikan rumah tangga juga, pastinya duit menjadi perkara paling utama yang harus difikirkan oleh setiap pasangan.
Namun jika mempunyai niat untuk mendirikan masjid dengan pasangan pilihan hati, ia tidak menjadi satu halangan untuk bekerja keras demi membina bahtera mahligai yang diimpikan.
Siapa sangka dengan menggunakan kos perbelanjaan sekitar RM9,000, ada yang masih boleh mengadakan majlis kahwin secara sederhana tetapi mencukupi.
Baru-baru ini, Nurul Sazwani membuat perkongsian mengenai majlis perkahwinannya di laman Twitter yang mengudang perhatian ramai netizen.
Jemputan cuma dalam 200 orang sahaja
Menerusi posting tersebut, Sazwani menyatakan dia tidak mengadakan kenduri secara mewah bagi kedua-dua belah pihak malah hanya mengadakan majlis akad nikah yang ringkas.
“Simple sampai terus jamuan makan the right after nikah,” tulisnya.
Tak perlu DJ atau radio untuk memeriahkan suasana
Tambahnya pula, walaupun majlis yang diadakan itu ringkas akan tetapi ia lebih tenang dan santai apabila diadakan di dalam masjid.
Sazwani juga berkongsi dimana dia tidak menyediakan meja untuk makan beradab malah hanya meletakkan satu meja mempunyai dom untuk jurunikah dan bapanya menjamu selera selepas selesai sesi pernikahan.
Walau bagaimanapun, dia turut menyatakan walaupun majlis itu merupakan perkahwinan kedua buatnya, akan tetapi masih ramai mempersoalkan mengenai konsep sederhana tersebut.
Menerusi bebenang yang dimuat naik, dia turut berkongsi senarai perbelanjaan untuk secara terperinci sepanjang menjayakan majlis berkenaan.
Rata-rata netizen mendoakan agar hubungan dia dan suaminya kekal bahagia hingga ke akhir hayat malah terdapat segelintir daripada mereka yang mengimpikan majlis sedemikian rupa.
Semoga kekal bahagia hingga ke jannah…
Rasa nak buat macam ni je…
My dream nak nikah macam ni jer…
Pada i cukup macam ni je…
Jadi kalau dah ‘ready’ nak berkahwin, niat baik tu teruskan aje! Paling penting tanggungjawab dan kesetiaan terhadap pasangan masing-masing.
Sumber : Twitter Nurul Sazwani

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit