Connect with us

WOW

Tak Tahan Tengok Kucing Terbiar, Wanita Sanggup Bela Ratusan Kucing Jalanan

Bagi pencinta haiwan, mereka pastinya berasa sedih apabila melihat haiwan seperti kucing dan anjing berkeliaran tanpa tuan dan terpaksa mencari makanan di sekitar tong sampah.

Tidak terkecuali dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dita Agusta yang rela membela ratusan kucing kerana tidak tahan melihat mereka terbiar.

Pindah rumah demi 250 kucing

Wanita yang berasal daripada Parung, Jakarta itu sanggup berpindah rumah demi menyelamatkan kucing-kucing di jalanan.

Dita dan suaminya telah berpindah dari Bekasi ke Parung kerana rumah tersebut lebih luas dan memuatkan ratusan haiwan terbabit.

Dia yang membela sebanyak 250 ekor kucing itu menyediakan tempat tinggal yang selamat buat haiwan-haiwan tersebut.

Dari sejak kecil lagi, Dita mempunyai cita-cita untuk menyelamatkan dan menjaga binatang berkenaan yang berada di kejiranannya.

Setiap bulan, Dita akan membelanjakan wang sejumlah RM300 untuk makanan, keperluan perubatan dan tempat buangan najis khas untuk kucing-kucing itu.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengupah lima orang tukang cuci bagi membersihkan rumah mereka sebanyak dua kali sehari demi memastikan kebersihan terjaga.

Ternyata tindakan Dita patut diberikan pujian kerana sanggup berpindah rumah demi menjaga ratusan kucing dengan selesa.

Sumber: Berita Media Corp

Continue Reading
Advertisement

Trending