Connect with us

WTF

Tak Tahan Sering Dibuli, Pelajar Humban Pembuli Dari Tingkat Empat Banggunan

Pembulian merupakan suatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang kerana ingin menunjukkan kekuatan dengan menggertak atau mencedarakan orang lain yang dilihat lemah.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video menunjukkan seorang pelajar lelaki di China telah mencampak seorang pelajar lain ke tingkat bawah.

Campak kerana tak tahan dijadikan mangsa buli

Seorang pelajar lelaki yang dikatakan sering menjadi mangsa buli sejak beberapa minggu yang lalu, telah menghumban seorang pelajar yang telah membulinya dari tingkat empat bangunan sekolahnya itu.

Ketika kejadian itu berlaku, mereka dilihat sedang berada di koridor sekolah semasa waktu rehat. Insiden itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Sebelum berlakunya aksi campak-mencampak itu, berlaku satu pergaduhan besar di antara mereka sehingga menyebabkan suspek yang dikenali sebagai Huang tidak teragak untuk menghumban mangsa.

Pelajar lain yang berada di tempat kejadian tergamam dengan tindakan suspek sehingga tiada seorang pun yang tergerak hati untuk melaporkan kejadian itu kepada guru.

Pada hari kejadian, Huang dikatakan tidak dapat menahan sabar, telah bertindak sedemikian kerana berang dirinya diperlakukan sebegitu.

Mangsa yang bernama Wei telah mengalami kecederaan yang serius sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ibu suspek berkata, sebelum ini Huang memang ada mengadu bahawa dia sering dibuli ketika berada di sekolah, namun dia telah menasihatkan anaknya itu untuk memberitahu hal tersebut kepada gurunya. Malang sekali apabila guru terbabit takut untuk berhadapan dengan pembuli itu.

Bapa kepada Wei telah menafikan bahawa anaknya itu bukan seorang pembuli dan meminta agar orang ramai berfikir terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengetahui apakah punca sebenar kejadian dan siasatan lanjut akan diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Sohu

 

Continue Reading
Advertisement

Trending