Connect with us

Cute

Tak Tahan ‘Memerut’ Tapi Tersekat Dalam Roadblock, Lelaki Beranikan Diri Pinjam Tandas Polis

Bila berada dalam situasi genting, ramai yang tak sempat nak gunakan fikiran rasional untuk membuat keputusan. Hasilnya? Jadilah seperti lelaki ini yang slumber ‘lompat pagar’ untuk meminjam tandas bergerak milik polis trafik.

Kesesakan lalu lintas yang sangat panjang di Lebuhraya Persekutuan menyebabkan si lelaki bertindak untuk keluar daripada kereta sebelum berlari ke seberang jalan untuk meminta izin bagi menyelesaikan urusannya.

https://www.tiktok.com/@giizzzzzziitermiizzzii/video/6997329605778558234?referer_url=https%3A%2F%2Fredaksi.com%2F&referer_video_id=6997329605778558234&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6994278166303131138

“Nasib baik abam polis sporting”

Seakan memahami situasi yang dialami lelaki itu, polis trafik yang sedang bertugas segera memberi kebenaran untuk lelaki itu melepaskan ‘hajatnya’.

Video yang baru dimuatnaik di TikTok semalam telah meraih sebanyak 1.1 juta tontonan dalam kalangan pengguna laman itu.

Advertisement

“Tak sempat nak fikir malu dah”

Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi pengguna yang kebanyakkannya terhibur melihat gelagat lelaki baju biru itu.

“Pernah jadi macam ini juga”

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berkongsi pengalaman yang pernah mereka alami di ruangan komen video tersebut.

Walaupun tidak sampai sehari, video tersebut telah mendapat sebanyak 64.6 ribu likes setakat ini.

Sumber : TikTok @giizzzzzziitermiizzzii

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending