Connect with us

WOW

Tak sempat ke Hospital, Remaja Lelaki Jadi Bidan Bantu Ibu Bersalin Sendiri

Sakit hendak bersalin yang dirasai oleh ibu-ibu hamil biasanya boleh dijangka kerana mereka sudah pun membuat hitungan waktu yang sepatutnya untuk bersalin.

Namun, siapa sangka, waktu cemas itu tiba pada detik yang tak terduga dan bayi pula seakan tidak sabar untuk keluar daripada rahim ibu untuk melihat dunia.

Anak bujang jadi bidan sambut adik lahir

Situasi cemas tersebut telah dihadapi oleh seorang wanita dan menyebabkan anak lelakinya terpaksa menjadi ‘bidan’ dirumah dengan menyambut kelahiran adik barunya.

Perkara itu telah dihadapi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Bowen Suico apabila membantu ibunya yang sedang kesakitan untuk bersalin.

ibu seorang jururawat

Pada awalnya dia tidak menjangkakan akan menjadi salah seorang yang membantu ibunya bersalin, namun dia mulai sedar bahawa ibunya memerlukannya bagi proses tersebut dan tanpa dijangka dia berjaya melaksanakan hal itu.

Tambahnya remaja itu lagi, ibunya adalah seorang jururawat jadi dia tahu apa yang peru dilakukan dan mengarahkannya melakukan segala proses tersebut mengikut aturan.

Diakhir muat naik Bowen, dia memberitahu bahawa ibu serta adik lelakinya selamat dan sihat. Dia juga bersyukur kerana dapat melakukan perkara itu dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.

Dia juga sempat berterima kasih kepada warganet kerana memuji tindakkannya serta bertanyakan perihal kesihatan ibu serta adik lelakinya.

Sumber : Bowen Suico

 

Continue Reading
Advertisement

Trending