Connect with us

Infozon

Tak Sempat Bawa Balik Bagi Keluarga, Habis Terabur Nasi Atas Jalan Raya

Malang sememangnya tidak berbau. Itu adalah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan seorang penunggang motosikal ini yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya DUKE menghala Ampang.

Namun lelaki itu bernasib baik setelah beberapa individu prihatin menghentikan kenderaan sebelum tampil membantunya yang terduduk di tepi jalan.

Lebih menyentuh hati apabila bungkusan makanan yang dikatakan dibeli untuk seisi keluarga habis bertaburan di atas jalan dengan keadaan basah akibat hujan renyai.

Dalam perjalanan bantu brader ni kemalangan depan mata. Berterabur nasi yang dibeli untuk kelurga dia 😭. Kita bantu apa yang mampu.

Posted by Abu Fatih on Monday, April 6, 2020

“Dalam perjalanan bantu brader ni kemalangan depan mata. Berterabur nasi yang dibeli untuk kelurga dia 😭. Kita bantu apa yang mampu,” tulis seorang pengguna Facebook, Abu Fatih.

Perkongsian tersebut mengundang sebak warganet selain mengucapkan terima kasih kerana membantu mangsa yang pastinya terkejut dengan insiden berkenaan.

Terbaik ustaz!

Mesti anak di rumah tunggu makanan dari bapanya

Walaupun tidak berkongsi punca kemalangan itu, tapi tersentuh hati apabila melihat makanan yang sudah dibeli namun tidak sempat untuk dijamah. Itulah pengorbanan ketua keluarga dalam menyara keluarga mereka.

Sumber : Abu Fatih

Continue Reading
Advertisement

Trending