Connect with us

Inspirasi

Tak Sanggup Lihat Derita Isteri, Lelaki Tua Menangis Hiba Di Katil Hospital

Kasih sayang merupakan satu perasaan yang mengikat sesuatu perhubungan. Umum sedia maklum bahawa fitrah manusia hidup berpasangan dan ingin diberi perhatian walaupun sudah berusia.

Lihat sahaja pasangan yang sudah berumah tangga, jika kasih sayang menjadi landasan utama perhubungan, sudah tentu ikatan tersebut berkekalan hingga akhir usia. Lebih-lebih lagi jika salah seorang ditimpa musibah, sudah tentu pasangannya turut terkesan.

Kasih sayang suami isteri

Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki tua dilihat menangis di riba isterinya yang jatuh sakit di katil hospital. Situasi sebak itu benar-benar menyentuh hati kerana kelihatan begitu akrabnya perhubungan mereka.

I hope to find someone who loves me like this! ❤️

Posted by L y r i c s on Thursday, October 31, 2019

Isteri tenangkan suami yang menangis

Sang isteri yang berada di katil hospital dilihat mengusap-usap kepala suaminya yang menangis sambil memeluk buah hatinya itu.

Posting yang dibuat oleh sumber turut meninggalkan kapsyen dengan mengatakan ingin momen tersebut berlaku dalam hidupnya kerana bukan senang untuk melihat seseorang yang benar-benar menangis melihat pasangannya ditimpa musibah.

Semoga kita semua dapat merasai nikmat disayangi dan dikasihi oleh orang sekeliling hingga ke akhir usia seperti perkongsian video yang tular di Facebook itu.

Sumber : Lyric

Continue Reading
Advertisement

Trending