Connect with us

Inspirasi

Tak Putus Asa, Penternak Ikan Air Tawar Bangkit Semula Walau Kolam Habis Diracun Orang

Gagal sekali tidak bermakna gagal buat selamanya, begitulah juga dengan kisah penternak ikan air tawar yang tular baru-baru ini apabila kesemua ikannya mati terkena racun.

Menerusi perkongsian di Facebook, nampaknya penternak dikenali sebagai Zainundin Khozen bersama rakannya, bersama-sama bangkit mengusahakan kolam ikannya semula.

Bangkit semula…

Walaupun, terpaksa bermula dari awal, tetapi dua penternak ini tetap cekal dan tidak berputus asa dengan membaik pulih kolam ikan yang telah tercemar dengan racun.

Moga dimurahkan rezeki

Kagum melihat semangat penternak ikan air tawar itu walau diuji mampu bangkit semula, rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat agar segala yang diusahakan berjaya membuahkan hasil.

Semangat tak putus asa, harap berjaya kali ni

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Lepas viral mungkin lebih murah rezeki

Selepas hujan akan ada pelangi, begitu juga dengan kehidupan. Setiap dugaan yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah yang bakal menanti, yang penting harus berusaha dan sentiasa bersangka baik.

Advertisement

Sumber : Mborhan Abdjabar

Continue Reading
Advertisement

Trending