Connect with us

Inspirasi

Tak Putus Asa! Mila Jirin Jual Durian Buat Tampung Gaji Pekerja Pula

Seperti yang diwar-warkan kebanyakan media-media di Malaysia, penyanyi dan ahli perniagaan Mila Jirin mengakui bahawa perniagaan miliknya syarikat perunding perkahwinan, Bizmilla turut terkesan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Disebabkan itu, diri terpaksa mencari cara yang lain untuk menampung kewangan syarikat dan membayar gaji para pekerjanya. Sebelum ini dimaklumkab bahawa, Mila telah menjalankan bisnes pembuatan kek dan pastri sebagai salah satu cara bagi meneruskan perniagaannya.

Mila Jirin jual durian?

Menerusi laporan Astro Gempak, Mila Jirin kini dilihat terpaksa mencari satu lagi inisatif lain bagi menampung pendapat syarikatnya. Oleh itu, penyanyi wanita ini dilihat telah melaksanan satu lagi bisnes yang sememangnya kena dengan musim iaitu dengan menjual durian.

https://www.instagram.com/p/CBNhymanLqK/

Jelas dirinya lagi, ini adalah pertama kali buat Mila menjual durian yang datangnya dari Balik Pulau, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Rezeki dalam terokai bidang baru, durian yang dijual Mila mendapat sambutan hangat malah ada yang sanggup beratur untuk mendapatkan durian jualnya..

Advertisement

“Ini salah satu cara saya mempelbagaikan pendapatan syarikat, selain menjalankan perniagaan kek dan mengambil alih perniagaan makanan di sebuah restoran. Pekerja juga bergantung harap kepada kami kerana ia melibatkan pendapatan mereka.” Jelas Mila.

Tambah Mila lagi, ini adalah antara salah satu jalan yang dibuat bagi menampung gaji pekerja yang selama ini mengerah tenaga bersama-sama demi syarikatnya.

Putra Perdana, Puchong Selangor merupakan lokasi utama perniagaan durian yang diusahakan oleh Mila Jirin.

Sumber: Astro gempak.

Continue Reading
Advertisement

Trending