Connect with us

Inspirasi

Tak Pernah Merungut, Ibu Tunggal 3 Anak Cekal Jaga Mak Ayah OKU

Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa pastinya membuatkan segelintir golongan tidak senang duduk. Hilang punca rezeki dan tiada pendapatan dalam jangka tidak menentu pastinya membuatkan golongan ini hidup dalam keresahan memikirkan sumber kewangan.

Sepanjang PKP ini berlangsung, sudah banyak berita-berita sedih yang menghiasi berita dan laman sosial. Pelbagai peristiwa dan juga jalan hidup sesetengah insan dibongkarkan satu per satu sehingga menarik perhatian ramai untuk menghulurkan bantuan.

18 tahun jaga ibu bapa OKU

Intan Zulina Osman berusia 34 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang nakal. Rutin hariannya sejak 18 tahun lalu yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa OKU terlantar dan langsung tidak berupaya melakukan apa-apa, termasuk menguruskan diri mereka sendiri.

Intan Zulina merupakan satu-satunya anak kepada Siti Zabedah Saidin berusia 74 tahun dan juga Osman Jusoh yang kini mencecah usia 80 tahun.

Hilang kerja selepas PKP dilaksana!

Terdahulu, dia mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan meraih RM25 sehari. Tetapi kini, segalanya berubah kerana dia hilang punca pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangung.

Bebannya diringankan sedikit kerana sering dibantu oleh anak sulung yang berusia 15 tahun. Anak lelakinya itu banyak membantu Intan Zuliana menguruskan orang tuanya dan mengemas rumah.

Terima tempahan kuih raya, tapi…

Dia juga menerima tempahan kuih raya setiap tahun bagi menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.

Wang yang diperolehi daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat digunakan oleh Intan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan ibu bapanyanitu.

Sumber: Berita Harian. 

Continue Reading
Advertisement

Trending