Connect with us

WOW

Tak Pernah Marah Antara Rahsia Lelaki Jepun Hidup Selama 112 Tahun

Kalau perasan, ramai individu menyimpan hasrat untuk menjalani kehidupan lebih lama namun siapa kita untuk menentukan perkara tersebut.

Jika ditakdirkan dapat hidup lama, ia merupakan anugerah tidak ternilai kerana dapat meluangkan masa lebih lama dengan orang yang tersayang.

Baru-baru ini, seorang lelaki Jepun telah dinobatkan sebagai lelaki paling tua di dunia dengan usia 112 tahun dan 344 hari dengan menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records pada 12 Februari lalu.

Chitetsu Watanabe dilahirkan pada 5 March 1907 di Bandar Niigata, Jepun Utara mengatakan dia mampu hidup lama kerana tidak pernah marah dan sentiasa tersenyum sebanyak yang mungkin.

“Saya telah hidup bersamanya lebih daripada 50 tahun dan saya tidak pernah melihat dia meninggikan suara atau marah. Dia seorang yang penyayang.
“Saya rasa tinggal bersama dengan keluarga yang besar di bawah satu bumbung yang sama, bergaul dengan cucu cicit banyak membuatnya sentiasa tersenyum,” ujar menantunya Yoko.

Walaupun semakin lanjut usia, Watanabe masih sibuk di rumah persaraan dengan melakukan senaman, membuat origami, matematik dan menulis kaligrafi.

Dia juga suka menjamah makanan manis walaupun tiada gigi. Dia menikmati pencuci mulut yang tidak memerlukannya untuk mengunyah seperti puding kastard dan krim.

Sumber: Says

Continue Reading
Advertisement

Trending