Connect with us

WTF

Tak Perlu Ubatan, Wanita Jual Gelang Dakwa Pelindung COVID-19 Di Facebook

Agak membimbangkan para petugas kesihatan apabila lambakan produk-produk kesihatan yang terjual pasaran terutamanya di media sosial yang disifatkan terlalu over claim. Kadang kala, produk-produk dilihat mengandungi bahan yang merbahaya bahkan boleh membawa maut kepada si pemakan.

Disebabkan itu, masyarakat disarankan untuk menyelidik semula kandungan produk atau jenama yang terjual dipasaran. Malah, produk-produk yang terjual belum tentu mempunyai kelulusan KKM disamping harganya yang mahal melambung.

Ada pulak yang jual gelang pelindung dari COVID-19?

Di Twitter, sebuah akaun telah berkongsian sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang mempromosikan produk terbarunya di Facebook. Produk yang dijual tersebut didakwa mampu melindungi diri dari COVID-19.

“Hanya pakai sahaja, boleh cegah COVID-19…”

Katanya dalam video itu, disebabkan tidak ramai orang suka dan konsisten makan supplement, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memakai gelang untuk jauhkan diri dari wabak COVID-19.

 

Produk baru 2 hari, lajunya dapat Noble Prize…

Netizen rata-rata kelihatan amat geram dengan penjualan gelang pelindung dari COVID-19 kerana dilihat terlalu over-claimed dan harganya yang tidak masuk akal.

Amboi, harganya boleh tahan mahal!

“Makcik2 memang percaya benda macam ni…”

Sila pantau mak ayah di kampung!

Masyarakat dunia disarankan untuk mengamalkan norma baru dalam kehidupan seharian mereka sehingga vaksin COVID-19 benar-benar ditemui. Orang ramai juga diharapakan jangan mudah terpengaruh dengan lambakan ubat-ubatan dipasaran dan hanya merujuk kepada pakar perubatan yang diiktiraf negara.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending