Infozon
Tak perlu pakai stokin pun ketika berpantang! Ini penjelasan pakar perubatan

Berpantang adalah perkara wajib bagi para ibu yang baru sahaja bersalin atau mengalami keguguran. Ini kerana dengan berpantang ia membantu agar tubuh ibu kembali segar semula.
Semasa berpantang, antara perkara para ibu perlu mengamalkan untuk penjagaan diri adalah berurut, bertuam, bertungku, bertangas, memakai stokin dan berbengkung.
Namun, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi yang dikenali sebagai Dr Izzat telah tampil memberitahu mitos berpantang perlu berstokin yang perlu didedahkan kepada orang ramai perkara yang sebenar sama ada perlu atau tidak.
Pantang kan? stoking mana? Manaa?
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ke? pic.twitter.com/iGKUOnAwXf
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) August 29, 2018
Pakai stoking kena jaga-jaga…
Menurut doktor tersebut, boleh memakai stokin tapi perlu berjaga-jaga pada setiap pergerakan kerana takut nanti jatuh tersembam pula kerana licin.
Tambah beliau lagi, istilah ‘masuk angin’ melalui kaki orang berpantang yang tidak memakai stokin sangatlah tidak masuk akal kerana tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni, saya nak bagitahu…
Walau bagaimanapun, menerusi penulisannya di Twitter, beliau mengatakan jika ingin memakai stokin sekalipun ketika berpantang, haruslah memakai stokin jenis TED atau compression kerana betul-betul mengikut tapak kaki.
Malah stokin jenis ini sekaligus dapat membantu mencegah pembentukan darah beku pada kaki, bukan untuk mencegah angin masuk ke dalam badan.
Pakai stokin tu, jangan jatuh macam nangka busuk dah la…
Mungkin nak jaga aurat…
Berikutan itu, ada segelintir netizen membalas tweet doktor tersebut dengan mengatakan mungkin ibu bersalin tersebut ingin menutup aurat ketika kawan-kawan datang.
Sumber : Muhammad Eizat

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit