Connect with us

Inspirasi

Tak Perlu Bungkus Roti, Mesin ‘Bakery Scan’ Jimatkan Masa Pelanggan

Jepun adalah salah sebuah negara maju yang terkenal dengan teknologi canggih di dunia. Tambahan, syarikat perniagaan di sana lebih mengutamakan penjagaan alam sekitar.

Kebanyakan syarikat lebih gemar untuk tidak menggunakan plastik sebagai pembungkus makanan pastri dan meletakkan kod bar, kerana bagi mereka makanan tersebut akan menjadi kurang menarik dan kurang segar.

Tak perlu susah2 bungkus roti!

Syarikat Brain yang berpusat di Tokyo telah menghasilkan sebuah mesin ‘Bakery Scan’ yang boleh mengimbas tanpa mengunakan kod bar.

Pelanggan hanya perlu meletakkan dulang mereka yang berisi dengan pastri ke atas permukaan putih.

Kemudian, pengimbas hitam akan mengenalpasti dan memberitahu harga di papan skrin juruwang.

Harga dipaparkan untuk proses pembayaran

Antara rekaan mesin pengimbas roti di Jepun

Menurut Kazuyoshi Tajika, Pengurus Perkembangan Brain, beliau berkata pekerja tidak perlu menghafal setiap harga dan jenis produk kerana mesin pengimbas tersebut boleh mengimbas 10 barang per saat. Pelanggan juga tidak perlu menunggu lama untuk membayar.

Walaupun perisian ini telah digunakan sejak tahun 2017, tetapi ianya menjadi tular apabila pelancong yang datang kagum dengan alat ‘hands-free scanner‘ ini.

Harap-harap Malaysia pun akan ada mesin yang macam ni!

Sumber: SAYS

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending