Connect with us

Infozon

Tak payah tunggu gaji RM10,000 Sebulan pun Dah Boleh beli Rumah di Kuala Lumpur

Semalam berita Astro Awani kata pendapatan RM10,575 baru layak untuk membeli rumah. di Kuala Lumpur. Jadi, matilah kita yang gaji kecil atau kurang daripada RM10,000 ini.

1. Purata harga rumah di kawasan sekitar Kuala Lumpur adalah RM700,000 seunit

Hakikatnya, masih terdapat banyak kediaman yang dijual di bawah harga RM300,000 di Kuala Lumpur. Jadi kita sebagai pembeli perlu jadi lebih bijak untuk memilih kediaman yang sesuai. (Rujuk gambar)

2. Mengikut laporan Astro Awani hanya pendapatan RM10,575 sahaja yang layak untuk membeli rumah

Sekiranya pendapatan kita hanya RM3,000, kita sudah pun layak untuk membeli rumah di bawah RM300,000 dengan ansuran bulanan sekitar RM1,500 sebulan.

3. Purata harga rumah 2016 adalah RM387,258

Ini purata seluruh negara, jangan risau sangat. Purata selalunya tidak adil. Buktinya, purata pendapatan rakyat Malaysia RM5,288 sebulan. Rasanya tidak pernah sampai separuh penduduk kita dapat gaji begini.(Rujuk no 6)

4. Purata harga rumah 2014 adalah RM280,866

Dalam tempoh 2 tahun beza harga adalah RM106,392. Ini bermakna kenaikan purata setahun adalah RM53,196 setahun. Jadi tidak mahu pasang impian untuk membeli lagi?

5. Pendapatan rakyat kita adalah 78% di bawah RM10,000

Ramai follower di sini yang membeli rumah waktu dengan gaji di bawah RM3,000 sahaja. Tidak sampai RM10,000 pun.

6. Dari 78% itu, 41% hanya berpendapatan bawah RM5,000 sahaja

Jika gaji RM5,000 x 12 x 5.5 = RM 330,000 itu harga rumah yang kita layak beli. Jadi tidak perlu tunggu sampai gaji RM10,000 lagi.

7. Peruntukkan sedikit duit beli buku

Beli buka dan baca, jika nak tambah ilmu masuk ke kelas hartanah yang ada

8. Mahu beli atau mahu ikut arus perdana?

Saya sertakan harga rumah bawah RM300,000 yang masih banyak. Mahu beli atau mahu ikut arus perdana, menyewalah sampai papa kedana

Jangan sentap sangatlah, banyakkan membaca dan tambah ilmu di dada. Boleh masuk kelas hartanah saya jika berminat.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending