Connect with us

Inspirasi

Tak Nak Sebut Bangsa Si Penyamun, Netizen Puji Cara Lelaki Ini Minta Rantainya Dipulangkan Dengan Baik

Seorang pengusaha bengkel motor telah menceritakan pengalamannya disamun di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Teja, Rawang. Menurut lelaki yang dikenali sebagai Buvan itu, rantainya ditarik ketika dia dalam perjalanan ke bengkelnya.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik di akaun Facebooknya dan menerima pebagai reaksi netizen.

“Bangsa tak nak cakap, sebab saya anak Malaysia, dia pun anak Malaysia. Saya taknak cerita pasal bangsa dalam video ini”

Difahamkan Buvan cuba mengejar penyamun itu sambil menangis. Namun dia tidak sempat mengejar kerana faktor motornya yang uzur. Setelah itu dia berpatah balik ke kedai dan cuba berfikir tindakan seterusnya bagi dia dapatkan semula rantainya itu.

Baginya, rantai emas itu amat bernilai dan merupakan pemberian kakaknya selepas berkahwin sebelum pindah keluar rumah.

Kemudian Buvan cuba mencari rumah atau kedai sekitar yang mempunyai CCTV dan akhirnya berjaya menemukannya. Walau bagaimanapun, rakaman CCTV itu tidak berjaya merakam nombor pendaftaran motor yang menyamunnya gara-gara tulisan yang terlalu kecil.

Advertisement

Hanya jenis motor dan beg Grab yang dibawa bersama suspek sahaja yang jelas kelihatan.

Dalam keadaan cuba menahan sebaknya, Buvan sempat berpesan untuk menularkan video ini supaya sampai ke pengetahuan penyamun berkenaan. Walaupun berasa marah dengan apa yang terjadi, dia mengharapkan penyamun itu memulangkan rantai kesayangannya di bengkel motornya di Rawang.

Pengusaha bengkel ini bagaimanapun tidak menyalahkan penyamun itu memandangkan musim Covid-19 ini ramai kehilangan kerja dan pendapatan. Dia memikirkan kemungkinan penyamun itu berada dalam kesusahan, mempunyai masalah keluarga atau anak yang sakit.

Lebih mengharukan Buvan sanggup membayar RM500 jika penyamun itu betul-betul berada dalam kesusahan dan memulangkan rantai bersama loket ke kedainya. Dia turut menjamin keselamatan lelaki itu kerana kedainya tidak mempunyai CCTV dan penyamun itu boleh mengembalikan dan meninggalkan nombor akaunnya sekali tanpa perlu berasa risau.

Sikapnya yang positif dengan keadaan yang dialaminya ini mendapat pujian netizen. Dalam kesedihan kerana kehilangan rantainya, lelaki ini masih ada niat untuk membantu.

Advertisement

“Apa-apa situasi you, jangan samun! Bukan you je tapi semua orang tolong jangan samun.”

“Tolonglah! Cari duit bukan senang, saya takpe, saya boleh cari duit”

Niatnya untuk mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan tahun ini terbantut gara-gara kejadian samun itu. Hali ini kerana baginya ‘belum merdeka’ dari kejadian seumpama ini.

Buvan turut menyatakan dia tidak akan menyambut merdeka sampai nafas terakhir selagi rantai itu tidak dipulangkan.

“Jangan ulang, jangan tarik siapa pun (jangan menyamun)”

“Apa-apa situasi, rezeki boleh dapat. You boleh terlepas dalam kes ini tapi you tak boleh terlepas dari mata Tuhan.

You ada anak bini, ada ibu bapa. Kalau you dah takde, mereka akan kena”

Advertisement

Sumber: Twitter, Facebook @BuvanSubramaniam

Continue Reading
Advertisement

Trending