Connect with us

Inspirasi

Tak Nak Meminta2 Pada Anak, Warga Emas Sama2 Jadi ‘Rider Grab’ Cari Wang Belanja

Kebiasaannya, warga emas bakal sering kali memilih untuk menghabiskan masa tua mereka untuk berehat di rumah dan melakukan kerja-kerja ringan sahaja.

Malah, anak-anak kebiasaannya bakal menghulurkan wang perbelanjaan buat ibu bapa mereka agar tidak perlu lagi bekerja dan membanting tulang untuk mencari wang perbelanjaan.

Pasangan warga emas jadi rider Grab!

Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan warga emas yang berasal dari Thailand ini. Suami isteri ini lebih memilih untuk mencari wang perbelanjaan hasil dari titik peluh mereka sendiri.

Kisah pasangan ini mula menjadi tular apabila mereka mengambil pesanan di sebuah restoran sushi di Hatyai untuk dihantar kepada pelanggan.

Tidak mahu membebankan anak-anak

Pemilik restoran itu kemudiannya mengambil kesempatan bertanyakan kisah mereka suami isteri yang memilih untuk menjadi penghantar makanan. Alasan utama mereka adalah untuk lebih berdikari dan tidak mahu membebankan anak-anak mereka.

Lebih mengagumkan, pasangan ini dilihat bekerjasama semasa mencari rezeki buat mereka berdua. Si suami akan mengambil makanan dan menunggang motor, manakala si isteri pula bakal menyusun makanan pesanan pelanggan dengan rapi dalam beg penghantaran.

Sudah tentunya, kisah pasangan warga emas ini memberikan inspirasi kepada orang ramai dan memecahkan stigma bahawa usia bukanlah alasan untuk mereka bermalas-malasan.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending