Connect with us

WTF

Tak Nak Kedai Kotor, Pemilik Tulis Nota Tak Benar Sesiapa Bagi Kucing Bunting Makan

Kucing sememangnya haiwan yang manja dan hidup dalam kalangan manusia. Bukan itu sahaja, mereka juga mengharapkan makanan daripada insan-insan sekeliling.

Namun begitu, ada juga insan yang tidak menyukai haiwan tersebut dan mengambil pelbagai langkah untuk menghindari dari didatangi oleh si comel itu.

Marah sebab kedai kotor dengan makanan kucing

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dan dimuat naik kembali di laman Penang Fast News Today telah memaparkan seekor kucing yang duduk dihadapan pintu dengan disebelahnya terdapat satu nota meminta agar kucing tersebut tidak diberi makan.

Kucing tu bunting kelaparan

Dalam kenyataan itu juga, sumber turut memberitahu bahawa kucing tersebut sedang bunting dan hanya menantikan makanan yang biasa diletakkan disitu.

Walaupun sedar mungkin pemilik kedai berang kerana kawasannya kotor disebabkan makanan kucing, namun sebagai seorang manusia sepatutnya dia memahami erti perikemanusiaan terhadap haiwan.

Yang menulis tu tak ingat mati kot

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas muat naik itu. Mereka turut berasa bahawa tindakan pemilik kedai iyu tidak patut kerana kucing juga perlukan makanan.

Mereka juga ada mencadangkan agar makanan tersebut diletakkan di kawasan lain dan tindakan menghalang memberi makan kepada kucing adalah tidak baik.

Mungkin boleh letak jauh sikit makanan tu

Benda simple cari pahala pun tak nak

Sumber : Penang Fast News Today 

Continue Reading
Advertisement

Trending