Connect with us

WTF

Tak Nak Ibadat Sebelah Jemaah Lain, Tag ‘Pekerja Gomen’ Ditampal Pada Saf Solat

Umum sedia maklum bahawa dalam Islam, solat berjemaah merupakan sesuatu yang dituntut terutamanya bagi kaum lelaki. Oleh sebab itu, masjid-masjid serta surau sangat berbesar hati jika para kariah sekitar hadir memenuhi setiap saf di sana.

Golongan marhaen duduk tempat lain

Sebagai umat Islam, kita semua adalah bersaudara dan tiada langsung pangkat atau darjat diambil kira dalam beribadat. Namun, menerusi perkongsian yang tular di media sosial, satu gambar keadaan saf jemaah disebuah masjid di Indonesia telah meletakkan tag mengikut kedudukan seseorang.

Untuk orang2 gomen je…

Menerusi sumber, saf solat diruangan tersebut ditulis dengan menunjukkan perkataan “Shaf Khusus Direksi, Komisaris & Kementerian BUMN’.”

Perkara itu jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang mana menegah amalan diskriminasi dalam beribadat kerana kita semua adalah hamba Allah S.W.T

Perkongsian gambar itu nyata memberi persepsi yang tidak baik kepada umat Islam kerana umum sedia tahu setiap jemaah perlu berapatkan saf dalam menunaikan solat mengikut imam agar tiada ruang untuk dihuni oleh iblis atau syaitan.

Menerusi gambar yang tular itu juga jelas meperlihatkan jemaah lain duduk disudut lain dan mengelak untuk mengambil tempat di kawasan yang sudah ditanda tag menggunakan kertas itu.

SUmber : AREAJULID

 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending