Connect with us

WTF

Tak Nak Bayar Lebih, Wanita Didakwa Tukar Telur Gred Tinggi Ke Bekas Gred Rendah?

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa, telah memaksa masyarat untuk berjimat cermat semasa berbelanja. PKP ini juga dilihat memaksa sesetengah gologan berhenti untuk mencari rezeki dan juga bekerja sehingga keadaan disahkan selamat.

Namun, berjimat bukan alasan untuk seseorang itu bertindak diluar jangkaan ataupun mendatangkan perasaan tidak senang kepada pelanggan pasaraya yang lain.

“Tukar telur gred tinggi ke dalam bungkusan gred bawah”

Di Twitter, My Crime Watch mendakwa seorang wanita dikatakan menukar dengan sesuka hati telur gred atas ke dalam bekas telur gred rendah kerana mahu membayar dengan harga yang lebih murah.

Perlakuan ini turut dirakam oleh pelanggan pasaraya yang lain dan telah disebarkan melalui laman sosial.

 

Pelbagai pertikaian daripada orang ramai…

Walaubagaimana pun, perkara ini mendapat pelbagai pertikaian daripada warga netizen. Ada yang mengecam malah ada juga yang cuba menjelaskan perlakuan yang dilakukan oleh wanita berkenaan.

Dia cuma tukar kualiti telur kot?

Ada sesetengahnya berpendapat, wanita berkenaan hanya menukar telur yang kotor dengan telur bersih tanpa menukarkan gred telur berkenaan.

Mungkin cuma tukar yang bersih?

“Rasa dia tukar telur yang kotor…”

Nampak macam tukar telur yang bersih je

Tapi rakyat Malaysia memang ramai macam ni

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending