Inspirasi
Tak Mahu Keluarga Kena Covid-19, Doktor Tinggal Dalam Khemah Lepas Habis Kerja

Seorang pakar penjagaan paru-paru yang bertugas untuk merawat pesakit positif Covid-19 menjadi tular di media sosial setelah berkorban bagi melindungi keluarganya daripada wabak tersebut.
Menerusi Facebook, Dr Timmy Cheng berkongsi beberapa keping gambar mendirikan khemah di kawasan garaj rumahnya minggu lalu untuk tinggal di situ bagi tempoh tertentu sepanjang menjadi ‘frontliner’ di UCI Medical Center, California.
Menurut doktor Amerika-Taiwan itu, beliau pada mulanya tidur di dalam kereta dan bilik hospital selepas selesai bertugas sebelum isterinya menyarankan agar tinggal dalam khemah tersebut.
“Jadi inilah rumah saya untuk beberapa minggu, atau mungkin berbulan-bulan akan datang. Anda boleh membantu saya dan petugas perubatan yang tiada kediaman dengan duduk di rumah,” katanya.
Beliau juga menasihati orang ramai agar duduk sahaja di rumah kerana petugas perubatan yang semakin berkurang sedang bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa kita semua.
“Sekurang-kurangnya anda boleh tinggal di rumah supaya kami juga boleh pulang ke rumah untuk berjumpa dengan orang tersayang satu hari nanti,” ujarnya.
Sumber : Timmy Cheng

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit